Total Tayangan Halaman

Sabtu, 13 Juli 2013

APAKAH ILMU MANTIQ ITU,,,????

APA ITU ILMU MANTIQ.....?????

Alhamdulillah , Segala Puja – Puji hanyalah milik Allah Ta'ala semata-mata. Selawat dan salam ke atas Baginda Rasulullah s.a.w, ahli keluarga baginda yang suci, para sahabat yang kesemua mereka itu merupakan golongan yang amat mulia, para ulama' yang mukhlisin , para mujahidin di Jalan Allah Ta'ala dan seluruh muslimin. Amin.
Islam adalah satu-satunya agama yang sentiasa menggesa umatnya agar berilmu pengetahuan . Dalil yang paling nyata ialah di dalam al-Quranul Karim dan as-Sunnah sendiri terdapat banyak nas yang menggalakkan , mewajibkan dan menyatakan kelebihan menuntut ilmu .
Dan dalil yang paling kuat sekali yang menunjukkan bahawa ISLAM ADALAH AGAMA ILMU PENGETAHUAN ialah ayat pertama yang diturunkan ialah IQRA’ …. ( Bacalah ! ) .
Islam TIDAK PERNAH MENGAJAR KITA bahawa lawan bagi Ilmu-Ilmu Dunia ialah Ilmu-Ilmu Agama . Ini disebabkan lawan ( antonim ) dunia ialah akhirat dan Agama pula meliputi kedua-dua alam itu .
Islam juga TIDAK PERNAH MENGHARAMKAN umatnya untuk mengambil faedah daripada mana-mana pihak , khasnya menuntut ilmu-ilmu yang berfaedah walaupun ianya berasal daripada golongan bukan Islam .
Para Sarjana Islam di zaman kegemilangan Islam BUKANLAH SAHAJA pakar di dalam ilmu-ilmu yang berkait-rapat dengan persoalan Islam sahaja ( tauhid , fiqh , tasawwuf dsbgnya ) , bahkan mereka juga adalah “ Mahaguru “ di dalam ilmu-ilmu keperluan hidup seperti Matematik , Sains , Perubatan , Kimia dan sebagainya .
Pelajarilah sejarah kehidupan Hujjatul Islam al-Imam al-Ghazali rh , al-‘allamah al-Imam Ibnu Rusyd ( Averrouse ) rh , al-Imam Ibnu Sina rh ( Avecine ) , al-Imam Jabir Ibnul Haiyan rh , al-Imam al-Kindi rh , al-Imam Ibnu Farabi rh dan selain mereka yang dikenali sebagai “ Failosof Islam “ .
Di antara topik yang “ PANAS “ diperbincangkan oleh para sarjana Islam sekitar masalah ini ialah : “ Apakah Hukumnya Mempelajari Ilmu Mantiq ( Logik ) ataupun Falsafah ? “ .
Mengapakah soalan itu berbentuk sedemikian rupa ? .
Ini disebabkan ramai yang menyangka bahawa Ilmu Mantiq dan Falsafah itu 100% diimport daripada Barat dan kemudian “ diislamkan “ ( islamisasi ilmu ) , khasnya di zaman khalifah al-Muktasim BilLah ( ‘Abbasiah ) yang sedang dilanda “ revolusi penterjemahan dan penyebaran berbagai ilmu “ .
Ilmu Mantiq dan Falsafah ini juga DIHUKUM dengan berbagai hukum syariah yang masyhur sehingga melahirkan 3 jenis pandangan , 2 daripada pandangan ulama’ silam dan bakinya daripada ulama’ di zaman ini . Ringkasannya seperti berikut :
GOLONGAN PERTAMA :
HARAM mempelajari Ilmu Mantiq & Falsafah kerana ianya menyebabkan umat islam sibuk dengan teori-teori dan khayalan-khayalan serta kemungkinan itu dan ini .
Pendapat ini dinisbahkan kepada sejumlah ulama’ salafus solihin r.a yang menjadi ikutan umat islam , seperti al-Imam asy-Syafi’e rh , al-Imam Ahmad Bin Hanbal rh , al-Imam Ibnu Solah rh , al-Imam an-Nawawi rh dan al-Imam as-Suyuthi rh .
GOLONGAN KEDUA :
HARUS mempelajari Ilmu Mantiq / Falsafah dan apa-apa sahaja yang berkaitan dengannya DENGAN SYARAT ianya memang mendatangkan faedah bagi Islam dan umatnya serta TIDAK MEROSAKKAN ‘AQIDAH .
Pandangan ini dinisbahkan kepada Hujjatul Islam al-Imam al-Ghazali rh , al-Imam Ibnu Hazm rh , al-Imam Ibnu Rusyd rh dan sejumlah filosof islam yang lain.
GOLONGAN KETIGA ;
HARAM ataupun HARUS mempelajarinya BERGANTUNG kepada siapakah yang mempelajarinya .
Jika si pelajar itu “ kuat “ pegangan agamanya , “ tinggi “ pengetahuan islamnya khasnya berkenaan ‘aqidah dan syari’ah , maka TIDAKLAH MENGAPA dia mempelajari ilmu-ilmu seperti itu .
Dan kadang-kadang ianya menjadi WAJIB / FARDHU KIFAYAH bagi seseorang pelajar itu , demi membela Islam daripada golongan bukan Islam apabila tiada orang lain selain dia sahaja yang menceburi pengajian itu .
Dan kalau si pelajar itu “ BELUM KUAT ILMUNYA MENGENAI SELOK-BELOK ISLAM DAN IMANNYA PULA MUDAH GOYANG “ maka HARAM bagi dia mempelajari Ilmu-Ilmu Mantiq / Falsafah kerana dikhuatiri dia akan menjadi seorang yang sesat dan rosak pegangannya .
Pandangan ini dinisbahkan kepada segolongan ulama’ di zaman moden , khasnya para mahaguru di Universiti al-Azhar asy-Syarif , seperti : al-Imam asy-Syeikh Abdul Halim Mahmud rh , al-Imam asy-Syeikh Muhammad Mutawalli asy-Sya’rawi rh dan al-‘Allamah Syeikh ‘Atiah Saqr rh .
Di atas dasar inilah , Ilmu Mantiq dan Falsafah diajar dan dikembangkan di al-Azhar asy-Syarif dan menjadi satu pelajaran yang wajib dipelajari ( dan wajib pula lulus di dalam peperiksaannya ) , khasnya bagi para mahasiswa/i di Fakulti Pengajian Usuluddin Dan Dakwah .
REALITI SEMASA :
Ilmu Mantiq / Falsafah BUKANLAH SEMATA-MATA ilmu berdebat , ilmu berbahas , ilmu teori dan seumpamanya sebagai mana difahami oleh sebahagian orang . Malahan ia JAUH LEBIH LUAS daripada itu kerana kaitannya yang rapat dengan pengajian Islam ( khasnya di dalam pengajian Tauhid , Usul-Fiqh dan juga Tasawwuf ) . Begitulah juga dengan Ilmu-Ilmu seperti Matematik , Sains , Architecture ( Seni Bina ) , Ilmu Kejuruteraan , Ilmu Kedoktoran , Ilmu Penyiasatan , Ilmu Undang-Undang dan sebagainya .
Ada juga di zaman sekarang sekelompok umat Islam yang menolak secara totok ilmu-ilmu seperti itu kerana kata mereka ia : “ BERASAL DARI BARAT “, “ BID’AH “ dan sebagainya . Tapi , jika golongan ini benar-benar memerhatikan tuntutan ajaran islam yang tulin dan sejarah perkembangan ilmu-ilmu Islam , tentulah mereka ini akan akur dengan realiti semasa iaitu BUKAN SEMUA DARIPADA BARAT ( BUKAN ISLAM ) ITU SEMESTINYA SESAT ! .
Khazanah Ilmu-Ilmu Umat Islam pernah dirampas di Baghdad dan di Sepanyol di zaman penjajahan Tatar Moghul dan Kristian Eropah , lalu mereka “ melabelkan “ kesemua ilmu-ilmu kita yang dicuri dan dirampas itu sebagai : “ BERASAL DARIPADA MEREKA “ walhal mereka inilah dahulunya yang belajar daripada mahaguru-mahaguru umat Islam dalam berbagai ilmu pengetahuan .
Ulama’ silam yang pakar di dalam selok-belok pengetahuan Islam sendiri adalah orang yang tidak menolak “ mentah-mentah “ ilmu-ilmu yang dibawa pulang daripada Barat . Bahkan al-Imam Abu Hanifah rh sendiri adalah pakar di dalam Ilmu Mantiq & Falsafah sehingga menjadi pakar juga di dalam masalah QIYAS ( Perbandingan ) . Syeikhul Islam Ibnu Taimiyah rh sendiri apabila berbicara mengenai Tauhid , tidak terlepas juga membicarakannya dengan gaya / ala-Falsafah seperti “ JAUHAR “ , “ JISIM “ , penggunaan teori itu dan ini , walhal kesemua istilah dan teori itu TIDAK PERNAH DIKENALI oleh Baginda Rasulullah s.a.w dan para sahabat r.a
Kalau orang barat sendiri boleh menjadi Islam , takkanlah ilmu-ilmu Barat tidak boleh diISLAMkan.
Ini tidaklah bermaksud bahawa kita perlu menafsirkan ajaran-ajaran Islam itu agar sesuai dengan acuan dan kehendak masyarakat Barat yang bukan Islam.
Yang kita mahukan ialah : Kita menerima ataupun menolak ilmu-ilmu mereka itu dengan waras dan sesuai dengan kaedah yang diajar oleh Islam . Diterima apabila bermanfaat dan lebih mendekatkan diri kita kepada Allah Ta’ala , dan menolak apabila ianya merosakkan dan menjauhkan pula kita daripada Allah Ta’ala .
Definisi mantik oleh kalangan filosofi dan para pemikir berbeza beza, tapi mereka sepakat dengan satu defenisi yaitu:
Al-Mantiq huwa alatun Qanuniyyatun tu’shimu anil-khata’ fil-fikri,
"artinya alat atau undang-undang yang menjaga dari kesalahan berfikir. Jadi mantiq itu hanyalah berisi undang-undang atau kaedah berfikir, bezanya dengan undang-undang nahu adalah menjaga kita dari kesalahan berbicara"
Penegasan Al Ghazali yang menyatakan bahwa hukum mempelajari mantik adalah fardhu kifayah, mengundang kontroversi dari berbagai ulama hingga berabad-abad kemudian. Abu Bakar Ibn Al ‘Arabi, murid Al Ghazali sendiri, memberi komen, “Al Ghazali, guru kita, menelan filsafat lalu mencoba memuntahkannya kembali, namun ia tidak boleh"
DR ali jum’ah rahimahullah berkata bahwa golongan ulama memiliki mustalahat atau istilah dan rumus masing-masing, filosof mempunyai mustalahat dalam pemahaman mantiknya , ulama kalam juga memiliki mustalahat, ulama fuqaha juga memiliki istilah pengkajiannya terhadap usul fikhinya, ahli tasawuf juga memiliki istilah-istilah dan rumus tersendiri, begitu juga ulama-ulama yang lainnya.
Al-Mantiq Wal-Mawazin Al-Quraniyyah
Dalam buku “ Al-mantiq Wal-Mawazin Al-Qur’aniyyah yang dikarang oleh Muhammad Mahran, Imam Al-ghazali menyatukan antara mantik yunani dan mawazin qur’aniyyah atau neraca quran, dari sinilah Imam Ghazali membuat istilah-istilah mantik baru dari al-qur’an, walaupun fungsi istilah itu sama dengan istilah mantik yunani yang disusun oleh aristotle.
Menariknya dalam kitab itu bahwa Imam Al Ghazali mengatakan bahwa Al Qur’an menggunakan tiga cara penyimpulan logik (ta’adul, talazum dan ta’anud) dalam menjawab argument penentangnya. Sang Hujjatul Islam menamakan ketiganya dengan ‘Neraca Al Qur’an’ (mawazin qur’aniyyah), serta menafsirkan ayat-ayat Al Qur’an yang menyebut mizan dengan model pembuktian logik ini.
Untuk neraca ta’anud, Al Ghazali mengajukan tiga ayat yang sekaligus menandai tiga bentuk skemanya.
Ayat pertama, ucapan Ibrahim As ketika berdebat dengan Namrud,
Sesungguhnya Allah menerbitkan matahari dari timur, maka (jika kau tuhan) terbitkanlah dari barat!”
(Qs Al Baqarah [2]: 258). Al Ghazali kemudian merangkainya dalam bentuk dalil burhan, ia berkata:
Setiap yang mampu menerbitkan matahari adalah tuhan
Allah mampu menerbitkan matahari
Kesimpulan: Allah tuhan

Al Ghazali menamakan skema pertama dari neraca ta’adul ini dengan mizan akbar atau neraca besar.
Berikutnya adalah Al-mizan Al-Ausath atau neraca pertengahan, yaitu terdapat dalam ayat (masih tentang Ibrahim As, kali ini ketika ia mencari tuhan lalu kebetulan melihat bulan),
“Ketika bulan itu terbenam, ia berkata aku tak suka sesuatu yang tenggelam.” (Qs Al An’am [6]: 7)
Uraiannya sebagai berikut:
Bulan tenggelam
Tuhan tidak mungkin tenggelam
Kesimpulan: Bulan bukan tuhan

Skema terakhir dari neraca ta’adul adalah mizan asghar atau neraca kecil, yaitu terdapat dalam firman Allah,
“Mereka tidak menghargai Allah dengan seharusnya ketika mereka berkata Allah tidak menurunkan (wahyu) apapun kepada manusia.
Katakanlah, ‘Lalu siapa yang menurunkan Kitab kepada Musa sebagai cahaya dan petunjuk bagi manusia?’”

Uraian logisnya sebagai berikut:
Musa As manusia
Musa As menerima wahyu (Al Kitab) dari Allah
Kesimpulan: Sebagian manusia ada yang menerima wahyu

Mizan talazum terdapat dalam ayat,
“Jika ada tuhan selain Allah, niscaya langit dan bumi akan hancur.”
(Qs Al Anbiya [21]: 22).
Rinciannya:
Jika di dunia ini ada tuhan lain, maka dunia akan hancur
Nyatanya dunia tidak hancur
Kesimpulan: Tidak ada tuhan lain

Terakhir, neraca ta’anud terdapat dalam ayat,
“Katakanlah (wahai Muhammad), ‘Siapa yang memberi rizki kepada kalian dari langit dan bumi?’ katakanlah, ‘Allah, dan kami atau kalian yang mendapat petunjuk atau dalam kesesatan yang nyata.’”
(Qs Saba [34]: 24).
Uraiannya adalah:
Kami atau kalian (salah satu dari kita) berada di dalam kesesatan
Kami tidak dalam kesesatan
Kesimpulan: Kalian berada dalam kesesatan
Fafa Abunawas

(lmu Mantik mempunyai dua pengertian)

1. Berdasarkan kepada topik perbahasannya:
Adalah ilmu yang membicarakan tentang maklumat-maklumat yang berupa tanggapan dan gambaran serta maklumat-maklumat yang berupa hukum dan penetapan.
(yang mana ianya dapat membantu seseorang untuk mengenal dan mendapat gambaran tentang sesuatu yang tidak diketahui atau membantu seseorang untuk mendapat kepastian tentang hakikat sesuatu yang belum pasti)

Huraiannya:
* Ilmu bermaksud: kaedah-kaedah umum.
* Maklumat Tasawwuriah dan Tasdiqiah : Seseorang mengetahui erti perkataan dan susunan ayat yang telah ada dalam fikirannya sehingga ia dapat mengetahui apa yang tidak diketahui.

2. Berdasarkan kepada faedah ilmu Mantik:
Adalah peraturan / kaedah-kaedah untuk memandu serta mengawal akal fikiran manusia daripada tersalah dan terpesong semasa berfikir.

Huraiannya:
* Kanun bermaksud: kaedah-kaedah umum.
* Ta’sim : peraturannya mengawal akal fikiran daripada tersalah semasa berfikir.

Bidang perbahasan ilmu Mantik:
• Berkaitan Maklumat Tasawwuriah dan Tasdiqiah,
(yang mana ianya dapat membantu seseorang untuk mengenal dan mendapat gambaran tentang sesuatu yang tidak diketahui atau membantu seseorang untuk mendapat kepastian tentang hakikat sesuatu yang belum pasti).

Faedah ilmu Mantik:
• Mengawal fikiran daripada tersalah semasa berfikir.
• Membezakan antara yang benar dan salah.
• Mendidik kekuatan akal dan mengembangkannya dengan perbahasan dan menghasilkan keputusan.

Ilmu mantik dikenali dengan berbagai nama, antaranya:
Pengukur ilmu, ilmu berdasarkan bukti, neraca segala ilmu, ilmu kaedah-kaedah berfikir.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar